• +6019 459 1189
  • mosnutraceutical.annona@gmail.com

Semua jenis kulit masih perlukan pelembap untuk beri hidrasi walupun kulit jenis berminyak.

Puan, saya tak pakai pelembap bukan sebab apa.. selalu beli ‘tak ngam’ dengan kulit.. tak sesuai. Kadang jadi lebih berminyak sampai breakout, tu yang trauma nak pakai pelembap”

Ok, mula-mula sekali kalian perlu lah ambil tahu dulu jenis kulit masing-masing. Bila dah tahu jenis kulit, baru lah senang nak buat pilihan jenis pelembap yang tepat untuk anda pakai. Semua jenis kulit masih perlukan pelembap untuk beri hidrasi walupun kulit jenis berminyak.

1. Jenis kulit berminyak : pilih pelembap dalam bentuk gel (moisturising gel). Gel adalah bentuk pelembap yang oil-free dan tidak menyebabkan liang pori tersumbat. Sangat pantas menyerap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan lekit.

2. Jenis kulit kombinasi : pilih pelembap dalam bentuk losyen. Losyen adalah water-based dalam formulasi dengan sedikit nisbah oil-based dan mempunyai konsistensi yang lebih cair dari krim. Mudah menyerap.

3. Jenis normal dan kulit kering : pilih pelembap dalam bentuk krim. Krim pula mengandungi konsistensi yang lebih pekat dari lotion. Dan kulit perlukan lebih masa untuk menyerap. Agak likat dan melekit.

4. Jenis kulit sensitif dan perlu extra care : ada pilihan pelembap dalam bentuk balsem (balm).

Lepas ni bila nak beli pelembap, baca dulu label.

Contoh :

Vitamin C Moisturising Cream by Annona adalah pelembap dengan formulasi water-based yang kaya dengan Hyaluronic Acid, Argan Oil dan Pomegranate. Memandangkan ia adalah pelembap dalam bentuk KRIM, maka ia sesuai untuk digunakan oleh pemilik kulit normal dan kering.

Oleh itu, orang yang kulitnya jenis berminyak mungkin kurang sesuai menggunakannya.

Jangan silap pilih pelembap lagi ya!

#ANNONA
#TrustedHalalBrand
#7thAnnonaversary

Kredit Artikel: https://onynurhusni.com/?p=3052

Scroll to Top