Sejarah Penemuan Sarang Burung

Sarang burung atau pada asalnya dikenali sebagai AIR LIUR BURUNG (Swallow Nest)  ditemui pada 1500 tahun yang lepas semasa pemerintahan Kerajaan Dinasti Tang (A.D.618-907) di China.

Menurut sejarah tentang makanan kesihatan yang tercatat didalam Buku Perubatan Cina Klasik , sarang burung ini telah diimport dari Asia Tenggara ke China lebih dari 500 tahun dahulu.

Orang pertama yang makan sarang burung ini adalah Laksamana Cheng Ho dari Dinasti Ming.

Mengikut lagenda, pada abad ke-15, Laksamana Cheng Ho dan anak-anak kapalnya berlayar melintasi laut Asia Tenggara. Malangnya apabila didalam pelayaran tersebut , mereka terkandas di kepulauan Melayu setelah di hempas ombak dan ribut petir.

Semasa mereka tersadai di sebuah pulau Melayu tersebut, mereka tiada bekalan makanan mahupun minuman. Tetapi mereka bernasib baik, menemui sarang burung di  sebuah tebing pantai lalu menjadikannya sebagai alas perut daripada kelaparan. Selepas makan sarang burung tersebut, didapati badan mereka menjadi lebih bertenaga dan kesihatan juga bertambah baik.

Laksamana Cheng Ho mulai menyedari bahawa sarang burung ini adalah makanan yang unggul untuk tubuh badan. Akhirnya, setelah ribut dan petir reda, mereka menyambung pelayaran untuk kembali ke China dengan membawa sarang burung sebagai  buah tangan untuk Maharaja mereka.

Bermula daripada kisah itu, sarang burung telah digunakan secara tradisinya oleh kerabat kerajaan Cina untuk mengekalkan kesihatan dan juga kecantikan mereka.

Daripada karya klasik heroin, Lin Dai Yu kepada Penjaga Permaisuri Tsu His serta pengembara terkenal Kaisar Qian Long dari Dinasti Ching menyatakan bahawa mereka semua ini telah mengambil setiap hari minuman sarang burung untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Malahan, turut dikatakan Penjaga Permaisuri Tsu His telah mengambil 7 jenis sarang burung sebagai sarapan pagi untuk kekal awet muda dan memelihara kesihatan beliau.

Dikatakan juga Permaisuri Wu Ze Tian, satu-satunya permaisuri di China yang mengamalkan sarang burung untuk memelihara kecantikan dan kesihatan tubuh badan beliau.

Di akhir kerajaan Ming (1405-1433 AD) dan di awal kerajaan Dinasti Ching (1644-1911 AD), manfaat sarang burung terhadap kesihatan manusia telah didokumentasikan dengan penuh teliti setelah ianya telah diiktiraf secara meluas bahawa sarang burung merupakan salah satu daripada 4 jenis tonik makanan yang hebat.

Didalam perubatan lama Tsao Feng Yuan, dinyatakan bahawa sarang burung disenaraikan sebagai makanan yang paling mujarab untuk menghentikan gejala selesema kerana ia dapat ‘membersihkan’ dan menyihatkan paru-paru. Disebabkan sarang burung sangat terhad untuk dimiliki, ini menyebabkan ia menjadi sebagai barang yang berprestij tinggi serta simbol kekayaan dan kuasa kepada yang memiliki sarang burung tersebut.

Semasa era keemasan zaman Dinasti Ming, keistimewaan untuk makan sarang burung hanya untuk Maharaja dan pegawai istana sahaja. Namun setelah kerajaan Dinasti Ming berakhir, sarang burung ini telah diperkenal kepada orang awam yang kini dikenali sebagai sarang burung. Sejak dari itu, harga dan permintaan terhadap sarang burug masih tinggi ekoran daripada sumbernya yang sangat terhad, serta nilai sejarah dan  khasiatnya kepada tubuh badan.

3 thoughts on “Sejarah Penemuan Sarang Burung”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *