produk hilangkan parut jerawat

6 Produk Yang Mampu Hilangkan Parut Jerawat Anda (#1 Pilihan Terbaik)

Jerawat merupakan masalah kulit yang disebabkan oleh bakteria. 

Biasanya jerawat akan muncul di muka, leher dan belakang badan. 

Ramai orang berasa ‘insecure’ pada diri sendiri dan malu berhadapan dengan orang ramai apabila mempunyai muka yang berjerawat. 

produk hilangkan parut jerawat

Tahukah anda jika jerawat tidak dirawat dengan baik, ia boleh meninggalkan parut jerawat yang boleh memakan masa yang agak lama untuk sembuh? 

Jadi, sangat penting bagi anda untuk fahami penyebab parut jerawat dan cara menghilangkannya.

Jangan risau, perkongsian artikel ini membantu anda memahami cara menghilangkan dan merawat parut jerawat.

3 Tips Hilangkan Parut Jerawat Yang Anda Boleh Cuba

 1.       Ambil makanan yang kaya dengan Vitamin E

Vitamin E amat bagus untuk kesihatan kulit dan kesihatan sel dalam badan. Ini dapat meningkatkan daya tubuh badan kita. 

Selain itu, vitamin E adalah sangat baik untuk merawat parut jerawat.

Antara makanan yang tinggi dengan Vitamin E ialah kuaci. Diproses daripada bijian bunga matahari, kuaci merupakan salah satu makanan yang diperkayai dengan Vitamin E.

Bayam juga mengandungi vitamin E. Seringkali kita mendengar petua orang dulu-dulu yang menggalakkan kita makan bayam untuk mendapatkan kulit yang cantik berseri.   

Antara makanan lain yang kaya dengan sumber tersebut adalah brokoli, kacang almond, kacang tanah, buah avocado dan kiwi.

Anda juga boleh mendapatkan sumber vitamin E melalui suplemen. Ini boleh didapati di mana-mana farmasi berhampiran anda.

2.       Merawat jerawat menggunakan madu

Selain menggunakan ubat-ubatan untuk merawat, terdapat kajian bahawa madu juga dapat digunakan untuk mengurangkan keradangan jerawat aktif pada kulit.

Ini kerana ia mempunyai sifat anti-bakteria yang mampu mengelakkan jerawat daripada terkena jangkitan kuman. 

Madu juga sering digunakan untuk menyembuhkan pelbagai jenis masalah kulit.

Pastikan anda memilih hanya madu asli sahaja jika anda ingin mendapat kulit yang licin dengan cepat dan berkesan. 

3.       Ambil makanan yang tinggi dengan kandungan Vitamin C

Selain berperanan untuk mengekalkan fungsi dan metabolisma badan, ia juga mampu bertindak sebagai sumber antioksidan dan juga memulihkan sel-sel kulit yang rosak.

Selain dapat membantu menghilangkan parut jerawat, vitamin ini banyak digunakan oleh pesakit yang melalui proses kesembuhan optima selepas menjalani pembedahan.

Tahukah anda bahawa khasiat Vitamin C boleh didapati hanya dengan minum jus limau, oren atau buah-buahan lain yang masam? Mudah bukan?

6 Produk Hilangkan Parut Jerawat Anda

1.       Annona Vitamin C Serum 15ml (VCS)

produk hilangkan parut jerawat

Vitamin C Serum by Annona ini merupakan antara produk yang paling berkesan untuk merawat kulit wajah dan menghilangkan jeragat.

Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan masalah kulit terutamanya pada bahagian kulit wajah. 

Oleh itu, dengan kandungan vitamin C yang tinggi, serum ini sangat bagus untuk kecantikan kulit.

Bukan itu sahaja, serum ini juga mampu membantu galakkan proses pembaharuan sel kulit agar menjadi lebih lembut dan berseri-seri. 

Kulit anda juga akan lebih kelihatan lebih sihat dan bermaya kerana serum ini akan membantu menanggalkan sel kulit mati.

Jangan risau, Serum Annona ini telah mendapat kelulusan daripada KKM. 

Tanpa campuran alcohol, pewarna tiruan atau pewangi, serum ini amat sesuai untuk kulit sensitif. 

Jadi anda tak perlu ragu-ragu lagi dengan produk ni!

2. Some By Mi Yuja Niacin Blemish Care Serum 

Selain kandungan sitrus buah Yuja, serum Some By Mi juga mengandungi sodium ascorbyl yang merupakan kandungan utama vitamin C.

Penggunaan serum ini dalam beberapa hari sahaja sudah mencukupi untuk anda melihat keberkesanannya pada kulit wajah berparut yang berpunca daripada jerawat, luka atau lain-lain.

Walaupun tekstur serum ini agak berair, ia mudah menyerap ke dalam kulit dan juga tidak akan melekit. Malah, bau tekstur serum ini juga agak wangi. 

3.       Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion

Jika anda mencari  produk yang mampu menghilangkan parut jerawat serta melindungi kulit daripada sinaran matahari, Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion adalah untuk anda. 

Dalam masa yang sama, losyen ini mampu menghalang pertumbuhan jerawat baru.

Produk ini boleh digunakan untuk kulit wajah dan badan tetapi tidak sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif. 

Pastikan anda menggunakan  ia 2 kali sehari untuk mendapatkan hasil.

4.       Wardah Lightening Face Toner

Bagi mereka yang mempunyai kulit jenis kombinasi, toner yang berharga mampu milik ini adalah untuk anda.

Dengan adanya formula pH yang seimbang, toner ini boleh menyegarkan dan mengekalkan pH semula jadi kulit anda

Ia juga membantu memudarkan parut jerawat dan menjadikan kulit anda lebih bersih.

5.       Dermatix Advanced Scar Formula

Produk ini telah diuji oleh pakar klinikal khas untuk mereka yang mempunyai masalah pori hitam, parut jerawat, dan jeragat.

Dengan kandungan Derma-Mimic Complex, ia membawa 3 kelebihan iaitu membaiki, melembapkan dan menguatkan penghalang kulit.

Teksturnya juga  tidak melekit dan mudah diserap ke dalam kulit.

6. Cosmoderm 100% Australian Pure Tea Tree Oil

Dengan kandungan minyak pati tea tree, Cosmoderm Pure Tea Tree Oil adalah bagus untuk mereka yang mengalami masalah parut jerawat dan jerawat.

Produk ini boleh menghalang kulit daripada sebarang pembentukan jerawat baru dan parut jerawat dengan menyingkirkan bakteria pada kulit wajah. ✓

Vitamin C Terbaik Di Pasaran

vitamin c terbaik

Sekiranya anda ingin mengambil Vitamin C sebagai suplemen di dalam diet harian anda, anda haruslah memastikan produk yang di beli adalah selamat dan berkesan.

Oleh itu, bagi memastikan sesuatu produk itu adalah selamat untuk dimakan, sudah tentu ianya harus mendapatkan lulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bukan itu sahaja, suplemen Vitamin C tersebut perlu berkesan dalam menguatkan sistem imunisasi badan, mencantikkan kulit, serta mengurangkan demam  dan selsema.

Ciri-ciri tersebut boleh didapati dengan Annona Vitamin C Capsule 500mg. Anda tidak perlu risau kerana ianya merupakan produk bumiputera yang berkualiti, berkhasiat serta lulus KKM.

vitamin c terbaik

Kesimpulannya, manusia memerlukan Vitamin C yang secukupnya untuk kekal sihat dan bertenaga. Kekurangan Vitamin C boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan. 

Antara masalah yang anda boleh hadapi sekiranya tubuh badan anda kekurangan Vitamin C adalah:

  • Penat dan lesu
  • Gusi sentiasa bengkak dan mudah berdarah
  • Hidung berdarah
  • Badan mudah lebam
  • Sakit sendi
  • Sentiasa batuk dan selsema
  • Rambut kering
  • Parut lambat sembuh

Oleh itu anda perlu mengambil suplemen Annona Vitamin C untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.

Antara sebab-sebab kenapa anda disarankan untuk mengambil Annona Vitamin C capsule adalah seperti berikut:

  • Produk bumiputera melayu muslim
  • Dihasilkan oleh ahli farmasi yang bertauliah yang mempunyai pengalaman dalam bidang Farmaseutikal selama 12 tahun.
  • Senang untuk anda dapatkan Annona Vitamin C capsule kerana Annona mempunyai ejen-ejen jualan di serata Malaysia yang anda boleh hubungi.
  • Boleh di makan tanpa was-was kerana ianya lulus KKM dan disahkan Halal oleh JAKIM.

Tambahan lagi anda boleh dapat kan Vitamin C capsule secara online dan anda boleh mendapatkan harga promosi yang sangat berpatutan. 

Untuk dapatkan maklumat tentang Annona Vitamin C dengan lebih lanjut, klik di sini

Lawati laman Facebook kami dan jangan lepaskan peluang untuk menyertai live session bersama Annona. 

Untuk mencuba Annona Vitamin C capsule, anda boleh klik link di bawah.

Scroll to Top
Open chat