Panduan Jaga Kulit Untuk Kulit Jenis Berminyak

1. Cuci muka menggunakan pencuci muka khusus mengandungi fungsi kawalan minyak.

2. Pakai pelembap dari jenis gel atau light-weight lotion yang mengandungi SPF setiap hari.

3. Jika mahu pakai toner, pilih toner yang bebas alkohol, ada bahan-bahan antioksidan dan fungsi kawalan minyak.

4. Kulit berminyak lebih mudah memerangkap sel kulit mati bersama-sama sebum/kotoran di dalam liang pori. Sebab itu mudah breakout. Jadi pastikan anda scrub muka untuk tanggalkan sel kulit mati sekaligus membersihkan liang pori setiap 3 hari sekali. Bahan exfoliant terbaik untuk kulit berminyak adalah asid salisilik (BHA).

5. Pakai hydrating mask sekurang-kurangya setiap 2-3 kali seminggu. Lebih hydrate kulit anda, lebih seimbang nisbah air-minyak di muka anda. Maka makin kurang minyak.

6. Pakai clay mask 1 kali seminggu.

7. Jika anda mahu tutup cela di wajah seperti parut, gunakan Tinted Moisturizer sebagai pengganti foundation. Less makeup is better. Selalu penyebab utama breakout ialah foundation melainkan foundation anda mempunyai skincare ingredient.

8. Kadang-kadang tak sampai tengah hari, kulit dah nampak berkilat kan? Alternatif lain selain touch up muka dengan bedak kompak ialah bawa bersama ‘Oil Absorbing’ sheets. Kertas ini kita pedap-pedap saja di muka dan ia akan menyerap minyak dengan baik.

Jenis kulit tidak dapat diubah kerana ia sudah di tentukan secara genetik. Namun kondisi kulit yang berminyak, lembap dan kering banyak dipengaruhi oleh cara hidup, faktor stress dan tabiat kita dalam menjaga kulit.

Its ok kalau anda punya kulit jenis berminyak.
Sebab kulit jenis ini adalah kulit yang paling lambat di makan usia. Manakala orang yang kulitnya jenis kering pula yang paling cepat kedut.

Kulit saya pula jenis kombinasi berminyak-kering. Hmm.. So nampak tua ke muda ni? 🤔

Ony Nurhusni
Annona Certified Beauty Therapist.

Kredit Artikel : https://onynurhusni.com/?p=3082

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top