Minuman Sarang Burung Terbaik di Pasaran

Minuman sarang burung merupakan minuman yang menjadi permintaan ramai disebabkan khasiat-khasiat yang boleh di dapati daripada sarang burung tersebut. 

Namun, sarang burung yang dijadikan minuman bukan sebarangan sarang burung. Sarang burung tersebut merupakan sarang burung walet.

Sarang burung walet seringkali di jadikan sebagai suplemen kecantikan disebabkan khasiat-khasiatnya. Sarang burung ini telah menjadi rahsia kecantikan dan kesihatan ramai.

Artikel ini akan menerangkan tentang perkara-perkara yang anda perlu tahu tentang minuman sarang burung serta cara-cara untuk mendapatkan minuman sarang burung ini.

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Minuman Sarang Burung

minuman sarang burung

Fakta menarik tentang sarang burung ini adalah ianya diperbuat daripada air liur burung walet. Namun begitu, air liur burung walet bukan air liur biasa.

Air liur burung walet mengandungi kandungan kalsium yang tinggi, protein, zat besi, magnesium serta kalium yang boleh memberi banyak kebaikan kepada kesihatan tubuh badan.

Namun begitu, terdapat beberapa lagi fakta menarik yang anda perlu tahu tentang air sarang burung ini.

  1. Sarang Burung paling baik dimakan semasa perut kosong.
minuman sarang burung

Dalam perubatan tradisional cina, sarang burung dianggap sebagai tonik dan ianya bagus dimakan semasa perut kosong untuk penyerapan nutrien yang maksimum.

  1. Lelaki boleh menggunakan sarang burung untuk meningkatkan kekebalan tubuh secara keseluruhan.
minuman sarang burung

Kebaikan sarang burung ini adalah ianya mengandungi glikoprotein yang tinggi serta komponen tumbesaran dan tenaga yang neutral yang membantu sistem imunisasi.

  1. Sarang burung adalah makanan tambahan yang baik untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
minuman sarang burung

Di dalam perubatan tradisional China, sarang burung dapat membantu mencegah selesema dan radang. Bukan itu sahaja, ia juga meningkatkan fungsi paru-paru dan ginjal.

Tambahan lagi, sarang burung dipercayai dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan meningkatkan daya tahan terhadap persekitaran luar.

Ini dapat membantu kanak-kanak membesar dengan mendapatkan nutrien-nutrien yang diperlukan untuk tubuh badan mereka. 

  1. Sarang burung dipercayai mempercepat pemulihan.
minuman sarang burung

Selain itu, sarang burung dipercayai dapat melegakan penyakit pernafasan yang kronik seperti asma dan batuk kronik. 

Apabila sarang burung di ambil secara sederhana, ia dapat membantu proses pemulihan dari penyakit kronik disebabkan bentuk protein dan nutriennya yang unik.

  1. Warga emas boleh menggunakan sarang burung untuk menjaga dan meningkatkan kesihatan mereka.

Warga emas merupakan golongan yang paling memerlukan sarang burung disebabkan khasiat dan kebaikan yang boleh diekstrak dari sarang burung tersebut.

Secara tradisional, ianya digunakan untuk meredakan batuk kering, melegakan keletihan dan membersihkan kahak yang sentiasa dialami oleh warga emas.

Bukan itu sahaja, sarang burung juga dapat merangsang selera makan, membaiki sistem pencernaan dan merangsang pergerakan usus.

Dengan kebaikan-kebaikan ini, ia dapat membantu mereka untuk tampil lebih sihat dan bertenaga. 

  1. Sarang burung secara tradisional digunakan sebagai makanan kecantikan.

Akhir sekali, seperti yang diperkatakan orang ramai, sarang burung dikenali sebagai makanan kecantikan sejak dari dulu lagi.

Sarang burung terkenal dengan membuatkan seseorang itu kelihatan awet muda dan ia juga dapat meningkatkan kesihatan kulit dengan membaiki kulit dan tisu.

Minuman Sarang Burung Terbaik Di Pasaran

minuman sarang burung

Dengan air sarang burung yang semakin terkenal, anda haruslah memilih sarang burung yang terbaik di pasaran untuk mendapatkan khasiat dan nutrien sarang burung yang terbaik. 

Minuman sarang burung yang terbaik di pasaran sudah tentulah minuman sarang burung dari Annona. Annona merupakan produk bumiputera yang berkelulusan KKM dan berkualiti tinggi.

Annona mengeluarkan air minuman sarang burung dengan pelbagai perisa yang anda boleh pilih. Berikut merupakan produk sarang burung keluaran Annona:

  1. Anonna Bird’s Nest
minuman sarang burung

Annona’s Bird Nest ini mengandungi American Ginseng, White Fungus & Rock Sugar.

  1. Annona Instant Bird’s Nest with Collagen (Original)
minuman sarang burung
  1. Annona Instant Bird’s Nest with Collagen (Malacca Sugar)
minuman sarang burung
  1. Annona Instant Bird’s Nest with Collagen (Hibiscus)
minuman sarang burung

Walaupun ianya didatangkan dengan pelbagai perisa, anda tidak perlu risau kerana khasiat sarang burung yang terkandung di dalam minuman tersebut tetap sama dan tidak berubah.

Kesimpulannya, dengan mengambil sarang burung sebagai suplemen kesihatan, anda akan mendapat banyak manfaat yang membuatkan anda kekal sihat dan bertenaga.

Sekiranya anda ingin mencuba produk yang sarang burung walet, anda boleh mencuba produk yang dikeluarkan oleh syarikat Annona ini.

Selain daripada produk yang berasakan sarang burung, Annona juga mengeluarkan produk-produk kecantikan dan kesihatan berasaskan durian belanda serta vitamin C.

Tambahan lagi, anda tidak perlu risau tentang status halal produk keluaran Annona kerana kilang pembuatan sarang burung ini telah dikurniakan sijil GMP, HACCP dan VHM.

Mari kita lihat apa kata pengguna produk sarang burung Annona:

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba minuman sarang burung keluaran Annona sekarang! Sangat sesuai untuk semua, tidak kira jantina mahupun umur.

1 thought on “Minuman Sarang Burung Terbaik di Pasaran”

  1. Pingback: What is Term Life Insurance? – Connectrust Asia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Open chat