sarang burung

Minum Sarang Burung? 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Ramai sudah tahu rahsia kecantikan kebanyakan artis dan selebriti di Malaysia adalah pengamalan sarang burung sebagai suplemen kecantikan.

Sarang burung yang sememangnya sudah popular dalam perubatan tradisional Cina telah dibuktikan berguna untuk manusia dalam pelbagai kajian yang telah dijalankan.

Sarang burung yang ditenun oleh burung Walet ini bukan sahaja boleh dimakan tetapi kaya dengan khasiat yang baik untuk kesihatan dan kecantikan.

Nak cantik dengan hanya minum sarang burung?

Anda sampai ke destinasi yang betul kerana kami akan kongsikan kebaikan, fakta menarik dan di mana anda boleh dapatkan sarang burung.

Kenapa Minum Sarang Burung?

Terdapat pelbagai khasiat yang boleh didapati daripada sarang burung dan yang paling diburu orang ramai adalah khasiat kecantikan daripada sarang burung.

Sarang burung amatlah baik untuk kulit muka kerana ia membantu menganjalkan, mencerahkan, memulihkan, membaiki kompleksi, mengurangkan iritasi dan mengurangkan kedut.

Banyak bukan faedahnya?

Bukan itu sahaja, sarang burung juga bersifat antioksida yang membantu wajah anda kekal bebas daripada radikal bebas. 

Yang menariknya, sarang burung ini bukanlah eksklusif bagi perempuan sahaja tetapi lelaki pun boleh mendapat faedahnya. 

5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Sarang Burung

  1. Makanan tambahan

Secara tradisionalnya, sarang burung digunakan sebagai makanan tambahan atau suplemen.

Kajian yang telah dijalankan bagi membuktikan perubatan tradisional mendapati sarang burung kaya dengan ‘Epidermal Growth Factor’ (EGF).

EGF membantu dalam memperbaiki tisu kulit dalam badan.

Secara tidak langsung, EGF dalam sarang burung ini juga membantu penggunanya kekal awet muda kerana bertindak sebagai rawatan tisu kulit muka.

  1. Mengekalkan kesihatan

Sarang burung tidak terhad pada golongan muda yang ingin kekal awet muda tetapi juga bagus untuk warga tua yang ingin mengekalkan kesihatan pada tahap optimum.

Secara tradisional, sarang burung digunakan untuk membersihakan kahak, mengurangkan batuk kering yang kronik dan melegakan keletihan.

Selain itu, sarang burung juga meningkatkan selera makan, membantu sistem pencernaan supaya pergerakan usus menjadi lebih baik.

  1. Warna sarang burung

Ramai yang menyangka warna sarang burung adalah berasal daripada darah burung Walet sedangkan ianya tidak benar.

Warna sarang burung yang merah adalah disebabkan pengoksidaan atau mineral yang diserap dari alam sekitar.

  1. Imuniti dalaman untuk kaum lelaki

Seperti yang dikatakan tadi, kaum lelaki juga boleh mendapatkan manfaat daripada sarang burung ini.

Sarang burung mengandungi glycoprotein iaitu bahan membekalkan tenaga yang tinggi dan faktor pertumbuhan yang dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

Mengamalkan sarang burung membantu kaum lelaki kekal bertenaga dan membantu pemulihan daripada penyakit. 

  1. Minum ketika perut kosong

Dalam perubatan tradisional Cina, sarang burung ini dikategorikan sebagai tonik.

Jadi, adalah lebih baik sarang burung diambil sewaktu perut kosong supaya badan anda boleh menyerap nutriennya dengan baik.

Membaca tentang khasiat dan fakta tentang sarang burung tadi pastinya membuatkan anda tertanya-tanya di manakah anda boleh dapatkan sarang burung di Malaysia.

Dapatkanlah Sarang Burung di Annona! 

Sarang burung oleh Annona sesuai untuk setiap lapisan umur dan mengandungi pelbagai khasiat.

Antara pilihan sarang burung Annona yang menjadi kegilaan ramai adalah Annona Bird’s Nest with American Ginseng, White Fungus & Rock Sugar (70ml)

Pilihan lain yang juga menjadi buruan adalah Annona Instant Bird’s Nest with Collagen (Hibiscus).

Antara manfaat Annona Bird’s Nest adalah membekalkan tenaga, melembab dan mencantikkan kulit, menyembuhkan luka kuli dan melambatkan proses penuaan.

Selain itu, sarang burung juga dapat menguatkan sistem paru-paru, menguatkan sistem imunisasi dan membaiki kesihatan badan. 

Pengambilannya amat mudah, buka penutup dan minum! 

Anda boleh minum sekali sehari dan sesuai diminum pagi atau 1 jam sebelum tidur. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Open chat