kulit kusam

Kulit Wajah Menjadi Kusam? Ketahui Punca dan Penyelesaiannya!

Alangkah bahagianya jika tiada lagi keperluan menggunakan alat solekan untuk menutup kulit wajah yang kusam.

Setiap wanita pasti mengimpikan kulit yang sihat, cantik dan menawan. 

Malah, terdapat juga wanita yang sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk mencuba pelbagai jenis dan jenama skincare bagi merawat kulit kusam. 

Ini kerana terdapat skincare yang tidak memberi kesan penggunaan yang kita inginkan. Tambahan pula, setiap orang memiliki jenis kulit yang berlainan seperti kering, sensitif, dan berminyak 

Tapi, anda tidak perlu bimbang mengenai isu kulit wajah yang kusam. 

Artikel ini akan membantu anda dalam menyelesaikan kebimbangan tentang masalah kulit kusam ini. 

Apakah 5 Punca Kulit Wajah Menjadi Kusam? 

     1. Sel-sel kulit mati yang terkumpul

Tahukah anda bahawa sel-sel kulit mati akan tertanggal dengan sendirinya tanpa kita sedari? 

Sel-sel kulit mati ini akan digantikan dengan sel kulit yang baru. Namun, ada juga sel-sel kulit mati yang tidak tertinggal daripada wajah. 

Pengumpulan sel-sel kulit mati merupakan punca utama kepada wajah anda yang kelihatan kusam dan tidak sihat. 

     2. Kekurangan tidur

kekurangan tidur penyebab kulit kusam

Terdapat kajian yang telah membuktikan bahawa kesihatan serta riak wajah boleh dipengaruhi oleh tempoh waktu tidur individu itu. 

Mereka yang tidak mendapat tidur yang mencukupi lebih cenderung untuk kelihatan letih dan tidak bermaya. 

Ini sekaligus membuatkan kulit juga kelihatan kusam dan kurang segar.

Jadi, pastikan anda mendapatkan rehat dan tidur secukupnya untuk mendapatkan kulit wajah serta tubuh badan yang sihat.

     3. Dehidrasi

dehidrasi penyebab kusam

Dehidrasi juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kulit kusam dan tidak bermaya. 

Ini terjadi apabila tubuh badan tidak mendapat jumlah air yang mencukupi. 

Selain itu, kekurangan air di dalam tubuh badan boleh menyebabkan garis kedutan dan pori-pori kelihatan jelas pada wajah. 

Disebabkan itu, anda perlu meminum jumlah air yang mencukupi untuk mengatasi masalah kulit kusam. 

     4. Merokok

merokok

Terdapat satu kajian epidemiologi yang membuktikan bahawa habit merokok antara penyebab utama penuaan kulit pada usia muda. 

Habit merokok akan menyebabkan individu tersebut kelihatan lebih tua daripada usianya yang sebenar. 

Hal ini kerana rokok akan membuatkan kulit anda kelihatan kusam dan tidak sihat. 

Lebih-lebih lagi, rokok menyebabkan ketidakseimbangan kepada tisu-tisu kulit. 

     5. Diet yang tidak seimbang

makanan tidak seimbang

Sekiranya anda tidak mengambil berat mengenai nutrien yang sihat, perbuatan itu akan menjejaskan kesihatan dan kulit wajah anda. 

Bukan itu sahaja, tabiat pemakanan yang tidak sihat juga menyebabkan anda makan secara berlebihan.

Tabiat ini akan menjadi punca utama kepada pengambilan kalori secara berlebihan.  

Justeru, anda perlu lebih berhati-hati dalam pengambilan makanan untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan kulit wajah berseri. 

Pastikan makanan anda mengandungi vitamin-vitamin yang baik untuk badan dan juga kulit wajah. 

Setelah mengetahui punca kulit kusam, apa yang kita boleh buat untuk merawatnya? 

Mari baca artikel ini dengan lebih lanjut.

Ketahui 5 Cara Ini Untuk Merawat Wajah Kusam 

     1. Cuci muka dengan betul

Mencuci muka dengan betul merupakan cara yang paling penting dalam penjagaan kulit. 

Anda haruslah mencuci muka secara lembut dan menyeluruh untuk memastikan minyak dan debu berkurangan pada wajah. 

Dalam pada itu, mencuci muka melalui cara ini akan menyebabkan kulit wajah anda kelihatan segar dan bersih.

     2. Pastikan kelembapan kulit terjaga

muka kusam

Buat pengetahuan anda, kulit wajah akan tampak kusam sekiranya anda tidak menggunakan produk kelembapan kulit.

Bukan itu sahaja, ia juga boleh mempercepatkan proses penuaan serta kedutan pada kulit wajah.

Disebabkan itu, kami menyarankan anda untuk menggunakan pelembap muka sebanyak dua kali dalam sehari. 

Ia untuk memastikan agar kulit wajah anda kelihatan segar sepanjang hari.

Menariknya, produk kelembapan wajah ini boleh didapati di pasaran dalam pelbagai jenis seperti gel, serum dan juga krim. 

     3. Pengambilan makanan yang tinggi antioksidan

Tahukah anda bahawa setiap pengambilan makanan yang diambil akan memberi kesan kepada kesihatan kulit wajah dan tubuh badan?

Oleh itu, pastikan anda mengamalkan pengambilan makanan yang tinggi antioksidan seperti buah beri, coklat hitam dan kekacang agar kulit sentiasa kelihatan sihat dan segar

     4. Guna produk mencerahkan kulit

Untuk pemilihan skincare, pastikan anda memilih produk yang mempunyai kesan pencerahan wajah serta mengandungi vitamin C.

Ini penting bukan untuk kulit kelihatan cerah semata-mata, tetapi antioksidan dalam produk akan menyebabkan enzim menghasilkan pigmen pada wajah.

     5. Berjumpa dengan pakar kulit

Cara ini seringkali diabaikan oleh orang ramai. Dalam memilih produk skincare yang elok untuk wajah, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor pakar. 

Ini kerana anda perlu mengetahui bahawa terdapat produk skincare yang kurang berkesan dalam merawat masalah kulit seperti hiperpigmentasi.

Untuk itu, anda perlu merujuk kepada doktor pakar bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu tersebut serta cadangan produk yang sesuai untuk kulit anda. 

Jika anda sedang mencari vitamin C yang boleh merawat kulit kusam, anda boleh mendapatkannya di Annona. 

Memperkenalkan Serum Vitamin C by Annona!

vitamin c serum

Vitamin C Serum by Annona merupakan antara produk berkesan untuk merawat kulit kusam, parut dan jeragat

Dengan adanya kandungan Vitamin C, serum ini mampu melembabkan kulit serta mengecilkan liang pori. 

Bukan itu sahaja, sel-sel kulit yang rosak juga boleh diperbaiki dan tona kulit wajah akan menjadi lebih sekata. 

Jangan risau, produk Vitamin C Serum by Annona ini tiada campuran alkohol, pewarna tiruan atau pewangi dan ia amat sesuai untuk kulit sensitif. 

Untuk dapatkan kesan optimum, anda sewajarnya mendapatkan vitamin C yang mencukupi. 

Vitamin C Annona bukan sahaja berkesan untuk mencantikkan kulit, malah ia juga dapat menguatkan sistem imunisasi badan. 

Produk ini juga telah mendapat kelulusan daripada pihak KKM. Jadi, anda tidak perlu ragu-ragu lagi dengan produk ini. 

Tunggu apa lagi tekan butang bawah ini serta merta!

Scroll to Top