Khasiat Sarang Burung

WANITA

 Sarang burung bukan sahaja menjadi pilihan utama untuk suplemen kulit semulajadi, bahkan antioksidan dan mineral gelatin di dalam sarang burung juga merupakan ‘super food’ untuk melambatkan penuaan. Tahukah anda, kajian menunjukkan Faktor Pertumbuhan Epidermal (Epidermal Growth Factor) yang terkandung di dalam sarang burung dapat  memperbaiki kompleksi kulit, mengawal iritasi kulit dan memperbaiki tisu kulit dengan  pantas.

Manfaat lain untuk kulit :

  • Memudarkan pigmentasi kulit
  • Mengurangkan kedutan atau garis-garis halus.
  • Mencerahkan dan menganjalkan kulit.
  • Melembap dan menghaluskan kulit.

LELAKI

Sarang Burung mempunyai kandungan glikoprotein yang tinggi dan dapat membantu meningkatkan sistem imun yang lemah.Pengambilan dalam jangka masa panjang dapat membantu mengurangkan keletihan dan tekanan serta dapat memberi tenaga dan kesihatan mental.

IBU MENGANDUNG

Sarang burung juga sangat kaya dengan Protein C yang membantu para ibu mengandung untuk:

  • Pertumbuhan tisu untuk ibu.
  • Meningkatkan dan menguatkan  kadar imuniti badan kepada ibu dan bayi.
  • Menstabilkan dan menenangkan semasa kehamilan.
  • Memudahkan proses bersalin.

DEWASA

Komponen gelatin yang mengandungi kolagen secara semulajadi di dalam sarang burung dapat meredakan kesakitan akibat ‘Arthritis’. Pengambilan minuman sarang burung dapat membantu :

  • Meningkatkan selera makan.
  • Membantu penghadaman.
  • Memperkuatkan fizikal badan.
  • Meningkatkan sistem imuniti badan.

REMAJA

Masa remaja adalah tempoh di mana pertumbuhan badan yang paling pesat berlaku. Ia adalah masa di mana nutrien yang mencukupi sangat diperlukan untuk memenuhi tuntutan perkembangan fizikal, psikologi dan intelektual yang berlaku. Sarang burung mengandungi Faktor Pertumbuhan Epidermal (EGF) yang dapat menguatkan fizikal, meningkatkan pertumbuhan mental, meningkatkan daya ingatan dan memelihara kesihatan tubuh badan. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *