khasiat daun durian belanda

Khasiat Daun Durian Belanda untuk Kulit Cantik

Pernahkan anda mendengar tentang buah durian belanda dan khasiat daun durian belanda?

Pokok ini berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan dan telah pun ditanam di negara-negara di Asia Tenggara, termasuklah Malaysia.

Buah durian belanda sangat terkenal dengan pelbagai khasiat yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan. Rasanya juga sedap dan menyegarkan. 

Ikuti artikel ini untuk mengetahui tentang manfaat-manfaat daun durian belanda dengan lebih lanjut.

5 Khasiat Durian Belanda

Durian belanda terkenal dengan jusnya yang enak lebih-lebih lagi jika diminum dengan ais. Mari kita lihat khasiatnya.

  1. Tinggi Antioksidan

Buah durian belanda ini sangat kaya dengan Vitamin C di mana ianya berfungsi sebagai ejen antioksidan yang meningkatkan daya tahan tubuh serta melambat kan penuaan.

  1. Membekalkan Tenaga

Selain daripada membekalkan khasiat Vitamin C, durian belanda juga membekalkan karbohidrat untuk digunakan oleh badan supaya anda kekal bertenaga sepanjang hari.

  1. Membantu Masalah Insomnia

Bagi mereka yang mengalami masalah susah untuk tidur malam atau juga dikenali sebagai insomnia, anda boleh lah tambah buah durian belanda ke dalam diet anda.

Durian belanda mengandungi “tryptophan” iaitu bahan kimia yang membantu seseorang itu untuk berasa mengantuk dan senang untuk tidur.

  1. Menghalang Pertumbuhan Parasit

Seterusnya, durian belanda juga boleh menghalang jangkitan parasit ke dalam badan anda kerana ianya mengandungi riboflavin, serat, asid amino serta karbohidrat. 

  1. Menghidratkan badan

Akhir sekali, dengan meminum ataupun memakan durian belanda, anda dapat mengawal kekurangan air di dalam badan. Ini kerana 84% daripada kandungan durian belanda adalah air.

Khasiat Durian Belanda untuk Kulit Cantik

Tahukah anda bahawa daun durian belanda baik untuk dijadikan bahan untuk mencantikkan kulit? Berikut adalah beberapa manfaatnya untuk kulit.

  1. Membantu Mengurangkan Masalah Ruam 

Durian belanda mengandungi bahan anti radang yang boleh menghalang jangkitan pada kulit seperti ruam dan ekzema.

Jika anda menghidap penyakit-penyakit tersebut, sapukan pes durian belanda di bahagian kulit yang dijangkiti.

Selain itu, sekiranya anda tidak mahu menggunakan pes durian belanda, anda juga boleh alirkan air durian belanda di bahagian kulit yang dijangkiti tersebut.

  1. Anti-Penuaan

Selain daripada merawat penyakit kulit, durian belanda juga mempunyai kebaikan bagi anti penuaan.

Ia mempunyai bahan anti-oksidan di mana ianya memainkan peranan penting dalam menghalang radikal bebas yang mempercepatkan proses penuaan.

Dengan ini anda boleh mengurangkan kedutan-kedutan di wajah anda serta tanda-tanda penuaan dengan sangat berkesan sekiranya anda menjadikannya sebagai rutin skincare anda.

Campurkan beberapa sudu durian belanda bersama satu sudu aloe vera dan minyak aromaterapi pilihan anda untuk dijadikan mask

Sapukan bahan-bahan campuran tersebut di wajah anda selama 15 minit sebelum membilasnya dengan menggunakan air suam. Lakukan rutin ini setiap hari untuk kesan yang optimum.

  1. Mengurangkan Jerawat

Durian belanda juga sangat berkesan untuk merawat jerawat dan membantu pertumbuhan semula sel-sel kulit.

Untuk merawat jerawat, anda hanya memerlukan 1-2 sudu pulpa durian belanda dan campurkan ia bersama 2 sudu susu, 1 sudu gel aloe vera dan setengah cubit kunyit.

Gaulkan sehingga sebati sebelum anda menyapukannya di bahagian yang ingin dirawat. Biarkan ianya kering sebelum anda membilas wajah anda dengan menggunakan air sejuk.

  1. Mengurangkan Hiperpigmentasi

Sekiranya anda mempunyai kulit yang tidak sekata dan mempunyai hiperpigmentasi, durian belanda merupakan remedi yang bagus  untuk merawat masalah tersebut.

Durian belanda mempunyai kandungan Vitamin C dan asid askorbik yang sangat tinggi di mana ianya dapat membantu merawat masalah hiperpigmentasi.

Bagi merawat masalah tersebut menggunakan durian belanda, campurkan durian belanda dan minyak kelapa dengan nisbah 1:1. 

Sapukan campuran tersebut ke wajah anda dan biarkannya semalaman sebelum bilas pada keesokan hari.

  1. Merawat Kegatalan Kulit

Akhir sekali, durian belanda juga dapat membantu meredakan kegatalan kulit. 

Untuk merawat kegatalan tersebut dengan menggunakan durian belanda, anda haruslah campurkan 3 atau 4 sudu pulpa bersama 1 sudu madu dan 1 sudu yogurt

Aplikasi yang konsisten akan membantu anda menghilangkan kegatalan tersebut dan membuatkan kulit anda tampil lebih sihat dan cantik.

Kesimpulannya, durian belanda mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan tubuh badan kita. Buah sahaja buahnya, malah daunnya juga boleh dimanfaatkan untuk kebaikan kita.

Pada zaman sekarang, durian belanda ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan anda tidak bersusah payah untuk membeli buah durian belanda lagi. 

Sekiranya anda ingin mencuba produk yang berasaskan durian belanda, anda bolehlah mencuba produk yang dikeluarkan oleh syarikat Annona.

Annona merupakan produk bumiputera yang berkelulusan KKM di mana produk-produk yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi.

Produk keluaran Annona dapat membantu anda untuk menyelesaikan masalah-masalah kesihatan dan kecantikan yang dihidapi dengan berkesan.

Selain daripada produk yang berasakan durian belanda, Annona juga mengeluarkan produk-produk kecantikan dan kesihatan berasaskan sarang burung serta vitamin C.

Sekiranya anda ingin kekal sihat dan cantik, cubalah produk dari Annona sekarang!

Shopping Produk Annona Di Sini

1 thought on “Khasiat Daun Durian Belanda untuk Kulit Cantik”

  1. Pingback: Cara Makan Vitamin C 1000 mg Dengan Betul – Annona

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Open chat