• +6019 459 1189
  • mosnutraceutical.annona@gmail.com
kebaikan vitamin c

Kebaikan Vitamin C: 7 Manfaat Kesihatan Yang Jarang Diketahui Ramai

Umum mengetahui kebaikan Vitamin C untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan.

Ianya adalah sejenis vitamin yang diperlukan untuk menguatkan sistem pertahanan badan. Namun, adakah setakat itu sahaja kebaikan vitamin C?

Sudah tentu tidak. Mari baca manfaat pengambilan vitamin C yang jarang diketahui.

7 Kebaikan Vitamin C

#1 Menyegarkan dan Menyerikan Wajah

Kalau nak tahu, pengambilan Vitamin C memberikan kesan positif pada kulit wajah. Ianya menjadi rahsia kepada wajah yang lebih glowing dan segar.

Isi utama kolagen adalah Vitamin C. Metabolisma kolagen bertanggungjawab untuk kesihatan, menyerikan dan menjadikan wajah kelihatan muda.

Kebaikan Vitamin C pada kolagen menjadikan wajah lebih bersinar dan menghilangkan kekusaman. 

Kolagen yang stabil di dalam badan boleh membantu melawan kedutan pada wajah dan menyamakan tona kulit yang tidak sekata.

#2 Penghasilan Kolagen Yang Lebih Banyak

Kolagen adalah protein yang memberikan struktur bukan sahaja pada wajah, tetapi juga kulit secara keseluruhannya.

Ianya bekerjasama dengan protein yang dipanggil elastin supaya ianya dapat memberikan fleksibiliti pada kulit.

Apabila tubuh kehilangan kolagen, ini menjadi menjadi penyebab kepada struktur kulit menjadi tidak tegang, berkedut dan mula meregang.

Vitamin C dapat membantu penghasilkan kolagen.

Dengan vitamin C, kulit akan menjadi gebu kerana kolagen yang terhasil menjadikan wajah awet muka dan mengurangkan kedutan. Bukan itu sahaja, tona kulit yang tidak sekata juga dapat dikurangkan.

#3 Membantu Kekurangan Vitamin C Dalam Badan

Walaupun Vitamin C amat diperlukan oleh tubuh badan, namun badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. 

Ini bermakna, kita perlu mendapatkan khasiat Vitamin C daripada sumber makanan.

Sumber luar yang boleh menjadi penyumbang kepada Vitamin C adalah;

  • Buah-buahan: Jambu batu, buah sitrus (seperti oren atau limau gedang), kiwi dan strawberi.
  • Sayur-sayuran: brokoli dan tomato

Namun, kekurangan vitamin C boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan.

Di antara kesan kekurangan vitamin C adalah terdedah kepada skurvi, luka lambat sembuh, dan lain-lain.

#4 Meningkatkan Sistem Imun

Vitamin C juga adalah sejenis anti-oksida yang boleh meningkatkan sistem imun. Ianya boleh melindungi sel daripada molekul bahaya yang dipanggil radikal bebas.

Apabila radikal bebas tidak dapat dikawal, ianya akan menyebabkan kulit berada dalam keadaan yang dipanggil tekanan oksidatif. 

Tekanan oksidatif sering dikaitkan dengan pelbagai penyakit yang berbahaya.

Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin C boleh meningkatkan anti-oksida dalam badan sebanyak 30%. Ianya dapat membantu badan untuk melawan penyakit secara semula jadi. 

#6 Membantu Penyerapan Zat Besi

khasiat vitamin c

Vitamin C terbukti membantu penyerapan zat besi yang diperlukan dalam badan.

Fungsi zat besi pula adalah membentuk hemoglobin. Dengan hemoglobin, tubuh badan akan mendapat oksigen yang mencukupi.

Makanan yang anda makan bukan sahaja memberi kesan kepada berapa banyak zat besi yang mampu diserap.


Ini kerana, tidak semestinya setiap zat besi yang terdapat dalam makanan dapat diserap ke dalam badan.

Oleh kerana itu, vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi dengan lebih berkesan. Vitamin C ‘menangkap’ zat besi dan menyimpannya dalam bentuk yang lebih mudah untuk diserap oleh badan.

#7 Menyeimbangkan Pertumbuhan Melanin

Melanin adalah pigmen kulit. Ianya wujud dalam tubuh manusia dan juga haiwan. Fungsi utama melanin adalah untuk menjadikan rambut, kulit dan mata kelihatan lebih gelap.

Ini bermakna, lebih banyak melanin, lebih hitamlah rambut anda.

Bukan itu sahaja, melanin  boleh membantu melindungi wajah daripada sinaran UV. Pertumbuhan melanin dalam badan yang baik boleh menghalang proses dalam badan yang menyebabkan kanser kulit.

Tambahan pula, vitamin C bukan sahaja penting untuk melanin.

Ia juga diperlukan untuk sel yang sihat, sekaligus memberi impak positif kepada pembuatan dan perlindungan kulit.

Malah, pengambilan vitamin C boleh mengoptimumkan pengeluaran melanin. 

Sebab itu kita digalakkan untuk membanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam menu makanan seharian. 

Kita juga disyorkan untuk mengambil makanan tambahan untuk menampung keperluan nutrien dan vitamin yang kita perlukan.

Khasiat Vitamin C Dalam Sebiji Buah Oren

Vitamin C sering dikaitkan dengan buah oren kerana kebanyakan kita percaya khasiat vitamin C ada di dalam buah oren.

Namun, ramai yang tidak mengetahui kuantiti vitamin C di dalam sebiji buah oren.

Sebiji oren mengandungi 50-70 miligram vitamin C.

Golongan seperti frontliners, warga emas, pekerja yang sentiasa stres serta mereka yang kerap sakit perlu mengambil sekurang-kurangnya 500 miligram vitamin C setiap hari untuk kekal sihat.

Ini bermakna mereka perlu makan sekurang-kurangnya 10 biji buah oren untuk meningkatkan sistem imunisasi badan mereka.

Namun, boleh dikatakan, tidak semua golongan tadi makan buah dengan kerap. 

Disebabkan itulah, mereka perlu mengambil supplemen untuk mencukupkan dos vitamin C sehingga 500 mg.

Annona Vitamin C Capsule boleh memberikan anda manfaat yang lebih daripada sebiji oren!

vitamin c annona



7x Lebih Banyak Vitamin C, 7x Lebih Jimat

Sekiranya dibandingkan dengan kos per 500 mg vitamin C yang anda perolehi daripada sebiji buah oren berbanding 1 kapsul supplemen vitamin C, ianya adalah 7 kali lebih jimat mengambil supplemen vitamin C berbanding dengan membeli buah oren.

Annona Vitamin C Capsule diformulasi oleh ahli farmasi bertauliah yang mempunyai pengalaman selama 12 tahun di dalam bidang farmaseutikal.

Selain itu, ianya boleh dimakan tanpa was-was kerana sumber kapsul disahkan halal oleh JAKIM serta mendapatkan kelulusan KKM (LULUS KKM (MAL16035001NC))

Untuk maklumat lanjut tentang Annona Vitamin C Capsule, klik link di bawah sekarang.

Klik Sini Untuk Mengetahui Lanjut Tentang Annona Vit C Capsule

P.S Dapatkan diskaun 16% sekiranya anda order 2 botol Annona Vitamin C Capsule. Promosi terhad sehingga 31 Julai 2020 sahaja. 

Jadi klik link sekarang sebelum promosi tamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top