Annona stawberry milkshake

Apakah Kebaikan dan Khasiat Utama Dalam Annona Milkshake Strawberry?

Ada sesiapa di sini peminat tegar Strawberry milkshake? Tiada yang lebih nikmat daripada menghirup rasa lemak berkrim, yang manis dan sejuk bukan? 

Ia pasti sahaja dapat menyejukkan badan pada hari yang panas dan memuaskan keinginan untuk minuman manis yang lazat.

Sudahkah anda mencuba strawberry milkshake daripada Annona? Jika belum, anda sangat ketinggalan!

Mari kami ceritakan khasiat utama dalam minuman enak ini. 

Teruskan membaca!

Artikel Berkait

Kebaikan Vitamin C: 7 Manfaat Kesihatan Yang Jarang Diketahui Ramai

Keunikan Annona Milkshake Strawberry (AMS)

keunikan annona milkshake

  • 100% Susu Dari New Zealand 

Kami percaya produk yang berkualiti datang daripada sumber yang berkualiti. 

Oleh itu, semua produk keluaran kami terutamanya Annona Milkshake Strawberry (AMS) diperbuat daripada 100% susu yang diimport dari New Zealand.

Tahukah anda New Zealand merupakan salah satu negara penternakan tenusu terbaik di dunia dengan padang rumput hijau yang subur dan udara yang segar?

Bukan itu sahaja, air yang diguna untuk tanaman dan ternakan di ladang juga jernih dan tidak disentuh oleh pencemaran.

  • Kurang Gula 

kandungan gula dalam minuman

Gula merupakan penambah perisa yang digemari ramai oleh kerana ciri-ciri dan kemampuannya untuk membuat sesuatu makanan atau minuman rasa lebih sedap.

Namun, pengambilan gula yang berlebihan perlu dielakkan untuk mengurangkan risiko sakit-sakit kronik yang mungkin menyerang di kemudian hari.

Kini, tanpa kita sedar, hampir semua produk yang dipasarkan mengandungi kandungan gula yang tinggi dan mampu menjejaskan kesihatan badan dalam tempoh masa yang lama.

Dengan Annona Milkshake Strawberry, hanya sebanyak 6.1g/100ml pemanis digunakan.

Ini mengikut kandungan yang diluluskan oleh FDA, iaitu 40% kurang manis daripada susu komersial di pasaran.

  • Sumber Protein Terbaik

Susu bukan sahaja mampu untuk membekalkan nutrisi dan tenaga secukupnya untuk membantu anda kekal cergas sepanjang hari, ia juga merupakan sumber protein yang hebat.

Mengikut pakar perunding pemakanan dari Indra Balaratnam Nutrition, protein daripada susu mudah dihadam.

Ini bermakna badan dapat menggunakan nutrien dengan efisien untuk meningkatkan kesihatan tubuh.

Malah, garis panduan pemakanan Malaysia juga mengesyorkan dua hingga tiga hidangan susu dan tenusu dalam sehari iaitu satu hidangan susu bersamaan dengan 250 mililiter.

Setiap uncang Annona Milkshake Strawberry mengandungi 4.4g protein yang memenuhi keperluan protein sebanyak 9% untuk keperluan harian anda.

Menarik bukan?

  • Sumber Kalsium

strawberry milkshake sumber kalsium

Seperti yang diketahui umum, kalsium sangat membantu menyokong kekuatan tulang, otot dan gigi. 

Ia juga memainkan peranan dalam memastikan kelancaran proses peredaran darah, pergerakkan otot, dan pelepasan hormon.

Antara makanan yang tinggi dengan kandungan kalsium susu, ikan, sayur dan kacang.

Annona Milkshake Strawberry juga menawarkan khasiat-khasiat yang boleh anda dapat daripada sumber kalsiumnya.

  • Digabungkan Dengan Sarang Burung

sarang burung

Annona Milkshake Strawberry diperkaya dengan sarang burung yang dianggap sebagai “Makanan Diraja”.

Ia telah diamalkan oleh Maharani Cina sejak 1500 tahun dahulu.

Sarang burung juga mempunyai banyak manfaat terutama sekali sebagai suplemen kecantikan dan sangat membantu dalam mencantikkan kulit serta menjadikannya lebih lembut dan anjal. 

Kini, makin ramai yang tertarik dengan khasiat burung walet sama ada dimakan atau disapu ke kulit.

Di mana anda boleh dapatkan khasiatnya? 

Tidak perlu susah-susah, minum sahaja Annona Milkshake Strawberry kerana susu ini telah digabungkan dengan sarang burung asli.

Bukan itu sahaja, susu ini juga mempunyai ekstrak strawberi yang tinggi dengan antioksidan dan vitamin C. Ini juga dapat menyumbangkan kepada kesihatan kulit wajah anda!

Artikel Berkait

Khasiat dan Kebaikan Sarang Burung Walet Yang Mengagumkan

Kebaikan Sarang Burung Di Dalam AMS

  • Kurang kandungan karbohidrat

Awas dengan pengambilan karbohidrat yang berlebihan! Jika anda ingin mengamalkan cara hidup yang sihat, pastikan anda memantau pengambilan karbohidrat dalam diet anda.

Apa itu karbohidrat?

Karbohidrat merupakan polimer bagi glukosa. Ia terbentuk melalui rantaian glukosa yang panjang dan bercabang.

Antara kesan sampingan makan terlalu banyak karbohidrat adalah:

  • Mengakibatkan keletihan dan lesu badan
  • Penambahan berat badan
  • Sentiasa rasa lapar
  • Masalah jerawat
  • Mempengaruhi metabolisme glukosa dan insulin
  • Mengurangkan kecergasan otak

Anda tidak perlu risau dengan kandungan karbohidrat dalam sarang burung.

Ini kerana, berdasarkan kajian yang dilakukan, terdapat hanya 8.5% kandungan karbohidrat dalam sarang burung.

  • Diperkaya dengan protein

Protein merupakan salah satu makronutrien yang penting untuk memastikan kesejahteraan tubuh badan yang sihat selain daripada lemak dan karbohidrat.

Bukan itu sahaja, ia juga memainkan peranan penting dalam memastikan jisim otot badan tidak susut. 

Selain itu, ia juga membantu pembentukan sel darah merah, sel saraf, dinding organ dalaman dan juga untuk pembentukan enzim. 

Tambahan pula protein juga membentuk struktur luaran badan anda seperti rambut dan kuku. Ingin rambut yang sihat dan kuku yang cantik? Pastikan pengambilan protein anda cukup!

  • Mampu merangsang sistem imun badan

Kajian mendapati bahawa sarang burung juga dapat merangsang sistem imun badan. Ini kerana, sarang burung mempunyai kandungan glycoprotein yang tinggi.

Selain meningkatkan imuniti tubuh, ia juga membantu meningkatkan daya tahan untuk mencegah pencerobohan penyakit-penyakit berbahaya.

Seperti yang diketahui ramai, sistem imuniti yang kuat dapat melindungi tubuh dari pelbagai jenis virus dan penyakit.

Jika sistem daya tahan dan kekebalan tubuh anda lemah, ia akan membuatkan keadaan senang untuk menjadi lebih parah.

Namun usah risau, selain kerap bersenam dan menjaga pemakanan, salah satu cara lain anda boleh meningkatkan sistem imun badan adalah dengan mengambil sarang burung.

  • Kandungan lemak yang sedikit

Mengikut kajian yang dijalankan oleh pakar, kandungan lemak dalam setiap hidangan sarang burung adalah sangat rendah iaitu serendah 0.01% dan setinggi 0.07% sahaja.

Selain daripada karbohidrat dan protein, lemak juga merupakan sejenis makronutrien penting dalam keperluan harian manusia.

Ini kerana ia memainkan peranan dalam pembentukan struktur sel saraf dan sistem saraf tunjang. Lemak juga dianggap sebagai salah satu sumber tenaga selain glukosa.

Namun, pengambilannya yang berlebihan akan memudaratkan kesihatan badan kerana ia mampu mendorong kepada obesiti dan masalah tekanan darah tinggi.

Kini, ramai rakyat Malaysia kurang prihatin dengan pengambilan lemak dalam makanan dan hal ini amat membimbangkan.

Bukan itu sahaja, pengambilan lemak yang berlebihan juga mampu membawa kepada peningkatan risiko untuk menghidap penyakit jantung dan strok.

Kesimpulannya, banyak khasiat daripada pengambilan susu dan sarang burung yang dapat membantu meningkatkan kualiti kesihatan pengguna.

Kini, tidak perlu susah-susah untuk dapatkan manfaat daripada susu dan sarang burung kerana anda boleh mendapatkannya daripada setiap hidangan Annona Milkshake Strawberry!

Strawberry Milkshake keluaran Annona ini sudah pasti menjadi pilihan ramai oleh kerana ekstrak sarang burung dan strawberi yang sangat enak.

Minuman ini juga tidak mempunyai lemak trans, kolestrol dan bahan pengawet.

Bukan itu sahaja, puri strawberi yang terkandung juga adalah asli dari Itali. Bahkan, susunya juga 100% diimport dari New Zealand, 

Jika anda kurang gemar dengan minuman manis, berita baik, Annona Milkshake Strawberry ini kurang rasa manis.

Ia juga sesuai untuk seisi keluarga termasuklah kanak-kanak, wanita mengandung dan orang berusia.

Anda boleh dapatkan Annona Milkshake Strawberry sama ada dalam kotak yang berpek sebanyak 6 kantung atau 24 kantung.

ANNONA ditubuhkan pada 2012 di Malaysia oleh MOS Nutraceutical Sdn Bhd. 

Syarikat ini diasaskan oleh Puan Ony Nurhusni, seorang ahli farmasi dan pensyarah bersama 2 lagi ahli farmasi yang berkelayakan.

Annona komited untuk menghasilkan produk kesihatan alternatif berasaskan semula jadi yang menyumbang kepada kesihatan optimum dan kesejahteraan pengguna

Kami juga bekerjasama dengan Prof Madya Dr Roslida Abd Hamid dari UPM untuk memastikan peningkatan berterusan dan kawalan kualiti Annona.

Namun, harus diingat, Annona merupakan pemakanan tambahan berasaskan Durian Belanda dan bukan digunakan untuk tujuan merawat.

Antara produk keluaran Annona adalah seperti berikut:

  • Annona Milkshake Strawberry
  • Annona Bird’s Nest
  • ABN On-The-Go
  • Annona Skincare
  • Vitamin C Capsule

Jangan risau, semua produk-produk ini telah diiktiraf oleh MARDI dan diluluskan HALAL oleh JAKIM. KKM juga telah meluluskkannya dalam kategori Makanan.

Scroll to Top