FAQ

Jus Annona ialah jus pati buah durian belanda asli yang digabungkan bersama pati buah delima asli, kurma, madu, kolagen, glutathione dan pelbagai vitamin dan mineral seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B dan lain-lain lagi. Jus Annona adalah suplemen kesihatan tinggi antioksida yang digunakan untuk memelihara kesihatan secara optima, mencegah penyakit dan membantu merawat penyakit secara semulajadi.
Teh Annona dihasilkan dari daun durian belanda terpilih sebagai bahan utama. Selain daun durian belanda, formulasi Teh Annona juga mengandungi teh hijau, aloe vera, halia dan kulit kayu manis. Teh Annona sangat baik diamalkan untuk menyingkirkan kotoran dari badan (detoks) seterusnya mengekalkan tahap kesihatan yang optima.
Ya. Jus Annona dan Teh Annona mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah pengkelasan Makanan.
Ya. Jus Annona dan Teh Annona mendapat pengiktirafan halal oleh JAKIM. Kesemua bahan yang digunakan dalam formulasi Jus Annona dan Teh Annona dipastikan 100% halal. Malahan kilang kami juga berstatus GMP (Good Manufacturing Practice) dan IMP (Islamic Manufacturing Practice).
Jus Annona dan Teh Annona boleh diambil oleh semua orang terutama individu yang mempunyai masalah kesihatan. Jus Annona dan Teh Annona juga sesuai diambil sebagai suplemen harian untuk individu sihat yang mementingkan tahap kesihatan yang optima.
Jus Annona ( botol ) – minum 1 sudu besar ( 15ml ) 2 kali sehari semasa perut kosong sebelum makan pagi dan makan malam. Jus Annona ( sachet ) – minum 1 sachet sehari sekali semasa perut kosong pagi atau malam. Teh Annona – rendam 1 uncang dalam 350ml air panas selama lebih kurang 15 minit. Minum 1 atau 2 kali sehari selepas makan. 1 uncang boleh diguna untuk 2 kali bancuhan. Sebaiknya teh diminum tanpa sebarang tambahan gula.
Secara amnya, Jus Annona dan Teh Annona tiada kesan sampingan. Walaubagaimanapun, terdapat sebahagian kecil pengguna mengalami kesan sampingan yang ringan seperti pening kepala, panas badan, kerap buang air besar dan sebagainya. Jika keadaan ini berlaku, anda dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan Jus Annona dan Teh Annona. Anda juga disarankan minum lebih air untuk mengatasi.
Kanak-kanak yang sihat TIDAK disarankan untuk mengambil Jus Annona dan Teh Annona. Walaubagaimanapun, Jus Annona dan Teh Annona boleh diambil oleh kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan dalam sukatan yang lebih kecil berbanding sukatan untuk orang dewasa. Sila dapatkan nasihat dari professional kesihatan Annona dengan menghubungi talian Careline 016 446 7181 sebelum memberi produk Annona ini kepada kanak-kanak.
Ibu yang menyusu boleh minum Jus Annona tetapi tidak digalakkan untuk minum Teh Annona. Jus Annona boleh membantu meningkatkan kuantiti dan kualiti susu ibu. Para ibu juga dinasihatkan supaya sentiasa peka pada perubahan ragam bayi seperti kembung perut, angin, sembelit atau cirit-birit. Jika keadaan ini berlaku, kemungkinan bayi tidak sesuai dengan bahan kandungan di dalam Jus Annona dan ibu perlu hentikan pengambilan Jus Annona.
Walaupun Jus Annona diperbuat 100% dari buah-buahan ia tidak digalakkan untuk diambil oleh wanita hamil sebagai langkah berjaga-jaga kerana tiada data dan kajian terperinci dilakukan mengenai kesannya ke atas wanita hamil.
Ini penting kerana ia akan memastikan penyerapan yang maksimum ke dalam badan TANPA ada gangguan makanan dan seterusnya kesan yang diharapkan adalah optimum. Jika diambil selepas makan atau perut penuh, pengguna mungkin akan mengalami rasa kembung perut (bloating).
Kesan ini berlaku pada peringkat awal pengambilan Jus Annona untuk beberapa hari sahaja. Ini adalah kerana zat-zat penting di dalam Jus Annona sudah mula menjalankan tugasnya masing-masing terhadap sistem tubuh badan. Teruskan minum Annona seperti yang disyorkan dan amalkan minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk menggantikan bendalir badan yg hilang.
Keadaan ini dinamakan Krisis Pemulihan atau ‘Healing Crisis’ dimana bahan aktif utama didalam Annona sudah mula bertindak ke atas sel-sel tubuh badan dan membaikpulih sel/tisu yang kurang berfungsi dengan sempurna. Walaubagaimanapun keadaan ini hanyalah bersifat sementara sahaja dan biasanya akan hilang selepas 1 minggu. Teruskan minum Annona seperti biasa atau jika tidak dapat menangani keadaan tersebut, sila kurangkan dos pengambilan dari 1 atau 2 sudu besar 2 kali sehari kepada 1 sudu besar 1 kali sehari sahaja. Ada juga terdapat sesetengah kes dimana pengguna dinasihatkan mengambil Annona secara selang sehari untuk mengurangkan kesan dari krisis pemulihan tersebut. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak berlaku kepada semua orang. Selepas itu, pengguna akan mula merasakan kesan positif secara berperingkat dan badan akan terasa lebih sihat dan segar. Namun, jika penyakit berterusan ,berhenti minum Annona dan dapatkanlah nasihat doktor.
Pada peringkat awal pengambilan Annona, keadaan ini juga berlaku adalah disebabkan oleh Krisis Pemulihan dan sel/tisu badan sedang berada di dalam fasa detoksifikasi/nyahtoksin. Namun ia bersifat sementara sahaja. Teruskan minum Annona seperti yang disyorkan dan amalkanlah minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk melancarkan proses detoks/nyahtoksin dari sistem badan. Badan lama-kelamaan akan berasa lebih cergas dan ringan apabila kotoran atau toksin sudah dibersihkan dari tubuh badan.
Ya, dengan pengambilan yg konsisten dan teratur ,supplemen kesihatan Annona boleh membantu mereka yang mengalami masalah sukar tidur atau tidur yang sering terganggu. Ini kerana di dalamnya wujud bahan kimia semulajadi iaitu Serotonin yang berupaya memberikan kesan tenang (relax and calming effect). Lama-kelamaan pengguna akan mula menyedari bahawa tidurnya lebih mudah, lebih lena dan lebih berkualiti serta kurang stress. Amalkan minum 1-2 sudu besar Jus Annona ( semasa perut kosong) sekurang-kurangnya 2 jam sebelum waktu tidur untuk mendapatkan kesan yang diingini.
Ya, boleh. Jus Annona adalah pemakanan tambahan yang diperbuat 100% dari buah-buahan sahaja. Tiada bahan kimia/drug terlarang yang terkandung di dalamnya yang mana boleh mengganggu rawatan doktor. Malah, pihak kami tidak sekali-kali menggalakkan pengguna untuk berhenti makan ubat tanpa nasihat doktor. Sila jarakkan pengambilan antara Jus Annona dengan ubat-ubatan sekurang-kurangya 3 jam supaya penyerapan tidak terganggu. Jika masalah berterusan, berhenti minum Annona.
Keadaan ini biasa berlaku pada peringkat Krisis Pemulihan dan bersifat sementara sahaja.. Di dalam Jus Annona, terkandung kolagen berkualiti tinggi dari sumber marine asli. Penguna yang memang alah pada mana-mana makanan sumber laut mungkin akan mengalami kegatalan atau kemerahan pada kulit. Walau bagaimanapun tidak semua orang mengalaminya, hanya segelintir sahaja. Pengguna disarankan untuk mendapatkan ubat/krim dari klinik atau farmasi untuk meredakan kemerahan dan kegatalan kulit tersebut. Kurangkan pengambilan dos kepada 1 sudu kecil sehari sekali atau selang sehari, Kemudian, perlahan-lahan dos pengambilan ditingkatkan kepada 2 kali sehari bergantung kepada keadaan kesihatan. Jika masalah berterusan, berhenti minum Jus Annona dan dapatkan nasihat doktor.
Bagi pesakit kanser, adalah AMAT penting untuk menjalani rawatan doktor seperti yang disyorkan hasil dari pemeriksaan. Pihak kami menasihatkan supaya pengidap kanser menghabiskan dahulu kitar rawatan kemoterapi agar tidak mengganggu atau menjejaskan kesan ubat yang sedang diambil. Jus Annona digalakkan untuk diamalkan oleh pesakit kanser kerana Acetogenin, bahan fitokimia aktif yang wujud di dalam durian belanda membantu mengecutkan dan mengawal perebakan sel-sel tumor tanpa memusnahkan sel-sel sihat. Selain itu, ia berupaya membaikpulih semula sel/tisu badan yang rosak, menjana sistem dalaman untuk berfungsi dengan lebih baik dan memberikan tenaga yang sangat diperlukan oleh pesakit kanser. Amalkan minum Jus Annona 2 sudu besar 2 kali sehari bersama-sama Teh Annona untuk kesan yang lebih optimum.
Daun durian belanda mempunyai ciri-ciri kesan vasodilatasi (pengembangan salur darah). Pengguna yang memang mempunyai tekanan darah rendah akan lebih cepat berasa seperti pening atau rasa hendak pitam. Jika hal ini berlaku, sukatan air untuk bancuhan Teh Annona perlu lebih banyak agar ia lebih cair. Disarankan untuk bancuh 1 sachet dengan 500ml air panas. Pengguna dinasihatkan untuk monitor tekanan darah secara berkala di klinik/farmasi. Jika keadaan masih berterusan, berhenti minum Teh Annona dan dapatkan nasihat doktor.
Translate »
Facebook
Facebook
YouTube
Instagram