Cara Makan Vitamin C 1000 mg Dengan Betul

Vitamin C merupakan salah satu supplemen yang diambil oleh orang ramai untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan. Namun masih terdapat golongan yang tidak tahu cara makan Vitamin C dengan betul.

Terdapat golongan yang mengambil Vitamin C dengan jumlah yang berlebihan kerana ingin mendapatkan kesan yang cepat tanpa mengikut aturan dan sukatan yang ditetapkan.

Untuk  mengetahui cara makan Vitamin C dengan betul, ikuti artikel ini sehingga akhir.

Cara Makan Vitamin C 1000mg Dengan Betul

cara makan vitamin c

Pengambilan vitamin C 1000 mg adalah dibolehkan mengikut aturan yang telah ditetapkan oleh doktor. Jangan lebih daripada dos yang ditetapkan.

Selalunya waktu yang sesuai untuk makan Vitamin C adalah sebelum atau selepas makan.

Cara-cara pengambilan vitamin C juga berbeza mengikut jenis vitamin tersebut. Pastikan anda tahu cara makan Vitamin C dengan betul supaya tiada masalah yang tidak diingini berlaku pada masa depan.

Kapsul “Perlepasan Berlanjutan”

cara makan vitamin c

Sekiranya anda mengambil Vitamin C dalam bentuk Kapsul “Perlepasan Berlanjutan”, anda perlu menelan tablet tersebut tanpa mengunyah ataupun dihancurkan.

Sekiranya anda mengunyah ataupun menghancurkan tablet tersebut, anda mungkin akan mengalami kesan sampingan di kemudian hari.

Selain itu, anda hanya boleh memotong tablet tersebut kepada dua bahagian sekiranya doktor ataupun ahli farmasi anda benarkan. 

Anda juga dinasihatkan untuk mengambil tablet tersebut bersama segelas air.

Tablet “Kunyah”

cara makan vitamin c

Sekiranya Vitamin C anda merupakan tablet kunyah, anda perlu mengunyah vitamin tersebut dengan baik sebelum menelannya.

Namun begitu, sekiranya Vitamin anda berbentuk lozenge yang  seakan-akan gula-gula, anda tidak perlu kunyah tetapi anda harus kemam dan biarkan ia larut di dalam mulut anda.

Ubat Serbuk

Sekiranya Vitamin C anda di dalam bentuk serbuk, anda boleh mencampurkannya bersama air ataupun boleh mengambilnya bersama makanan yang lembut seperti bubur.

Pastikan anda mengambil Vitamin C tersebut sekaligus dalam satu masa.

Ubat Cecair

Jika dalam bentuk cecair pula, pastikan anda menyukat Vitamin C tersebut dengan menggunakan sukatan yang betul.

Anda tidak digalakkan menggunakan sudu biasa untuk menyukat cecair tersebut kerana sukatannya mungkin tidak tepat. Pastikan anda menggunakan alat penyukat yang disediakan.

Kepentingan Vitamin C

cara makan vitamin c

Vitamin C sangat terkenal dengan kebaikannya untuk membantu meningkatkan sistem imunisasi badan, mempercepat penyembuhan luka dan memelihara tulang dan gigi.

Vitamin C merupakan antioksida semula jadi yang melindungi sel badan daripada radikal-radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel badan kita serta menyebabkan penyakit-penyakit berbahaya.

Selain itu, Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang membentuk struktur rawan, tulang, saluran darah dan otot. 

Tahukah anda bahawa badan kita tidak dapat menggantikan kolagen sekiranya kekurangan Vitamin C? Ini akan membuatkan tisu-tisu badan rosak dan menyebabkan penyakit skurvi.

Skurvi merupakan penyakit di mana gusi akan kemerahan serta bengkak dan berdarah.

Perkara ini akan berlaku sekiranya pengambilan Vitamin C kurang daripada 10mg untuk tempoh beberapa minggu.

Namun begitu, jika anda mengambil Vitamin C melebihi had yang ditetapkan, masalah overdose tidak akan berlaku kerana Vitamin C tidak disimpan di dalam sistem badan.

Namun begitu, adalah lebih baik sekiranya anda mengambil suplemen Vitamin C mengikut had yang ditetapkan untuk mengelakkan komplikasi.

Kesimpulannya, anda haruslah tahu tentang cara makan Vitamin C 1000 mg dengan betul untuk memastikan anda mendapat bekalan vitamin C yang cukup untuk keperluan badan. 

Sekiranya anda belum pernah mengambil Vitamin C sebagai suplemen harian anda, mulalah dari sekarang untuk memastikan anda kekal sihat dan bertenaga. 

Sekiranya anda masih lagi tercari-cari produk suplemen Vitamin C yang bagus dan berkualiti, anda boleh mencuba Vitamin C yang dikeluarkan oleh syarikat Annona

ANNONA mengetengahkan penyelesaian kecantikan dan kesihatan yang berasaskan kajian dan penyelidikan untuk memenuhi kehendak pengguna. 

Diasaskan di bawah syarikat MOS Nutraceutical Sdn. Bhd oleh Puan Ony Nurhusni dan Encik Syahril Izwan, ANNONA berdedikasi dan komited untuk menyebarkan kesedaran tentang kesihatan dan kecantikan kepada masyarakat melalui pelbagai produk di bawah jenama ANNONA.

Selain itu, Annona juga mengeluarkan produk yang berasaskan durian belanda serta sarang burung yang bagus untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecantikan. 

Untuk membuat pembelian, anda hanya perlu ke laman web rasmi Annona dan memilih produk yang anda ingini. Pembayaran di atas talian juga turut disediakan. 

Cubalah produk dari Annona sekarang untuk kekal cantik dan sihat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Open chat