Cara Buat Jus Durian Belanda (Mudah dan Sedap)

Pernahkah anda mencuba jus durian belanda? Walaupun namanya merupakan durian belanda, buah ini bukanlah dalam kategori yang sama seperti buah durian.

Buah durian belanda ini dinamakan sedemikian disebabkan ianya memiliki duri lembut pada kulitnya yang kelihatan seperti buah durian.

Ia boleh dimakan begitu sahaja namun buahnya tidaklah berbau seperti buah durian. Buah ini sering dibuat sebagai sorbet, jus dan lain-lain walaupun isinya mempunyai banyak biji.

Untuk mengetahui cara buat jus durian belanda ini, ikuti artikel ini sehingga akhir.

Khasiat Minum Jus Durian Belanda

resepi jus durian belanda

Buah durian belanda menawarkan pelbagai khasiat yang bagus untuk tubuh badan anda.

Ini kerana kandungan buahnya terdiri daripada riboflavin, niacin dan thiamine, Vitamin C dan Vitamin E.

Selain itu, buah durian belanda juga kaya dengan mineral seperti fosforus dan kalsium. 

Di antara khasiat durian belanda adalah:

  1. Meningkatkan kesihatan mata

Buah durian belanda merupakan buah yang kaya dengan antioksidan. Antioksidan ini dipercayai dapat mengurangkan masalah yang berkaitan dengan mata.

  1. Menguatkan sistem imunisasi badan

Selain itu, buah durian belanda sangat bagus untuk sistem pertahanan badan. 

Ini disebabkan durina belanda sangat kaya dengan Vitamin C di yang berfungsi sebagai ejen antioksidan untuk meningkatkan daya tahan tubuh badan.

  1. Meningkatkan Tenaga
resepi jus durian belanda

Buah durian belanda juga kaya dengan fruktosa untuk membekalkan tenaga yang diperlukan untuk bekerja dan bersukan.

  1. Mengatasi masalah sakit sendi

Seterusnya, jika anda sering mengalami sakit-sakit sendi ataupun sengal badan, buah ini dapat membantu anda mengatasinya.

Campurkan minyak yang terhasil daripada daun atau buah durian belanda muda bersama minyak zaitun dan sapukan pada bahagian badan yang sakit. 

  1. Anti Penuaan

Akhir sekali, sekiranya anda ingin tampil muda dan berseri-seri, anda boleh mengamalkan buah durian belanda di dalam diet seharian anda.

Disebabkan kandungan antioksidannya yang tinggi, buah durian belanda ini dapat membantu menghalang radikal bebas yang mempercepatkan proses penuaan.

Bukan itu saja, ianya dapat membantu mengurangkan tanda kedutan dan garis di wajah anda dengan pengamalan yang berterusan.

Cara Buat Jus Durian Belanda

resepi jus durian belanda

Berikut adalah cara untuk buat jus durian belanda yang lazat dan menyihatkan untuk santapan seisi keluarga. 

Jus Durian Belanda

resepi jus durian belanda

Bahan-bahan:

  • 1/8  biji lemon 
  • 500g isi durian belanda
  • 250 g gula pasir
  • 2.5 liter air

Cara-cara:

  • Kisarkan isi durian belanda, air dan gula sehingga halus.
  • Tuangkan durian belanda, air dan gula yang telah dikisar ke dalam bekas dan campurkan dengan air.
  • Kacau sehingga sebati.
  • Perahkan lemon untuk mendapatkan rasa yang lebih enak.
  • Sesuai dihidangkan sejuk.

Resepi ini sesuai untuk 10 hidangan.

‘Ice Blended’ Durian Belanda

resepi jus durian belanda

Sekiranya anda sukakan ice blended, anda boleh mencuba resepi ini. Ia sesuai untuk 2-3 hidangan.

Bahan-bahan:

  • Ais
  • 1/8 biji lemon
  • 2 sudu besar susu cair 
  • 350 ml air
  • 5 sudu besar pati durian belanda 
  • 3 sudu besar gula

Cara-cara:

  • Kisarkan kesemua bahan di atas sehingga hancur.
  • Hidangkan.

Sekiranya anda mempunyai aiskrim, boleh kisarkan sekali bersama bahan-bahan di atas untuk mendapatkan rasa yang lebih enak. 

Kesimpulannya, cara buat jus durian belanda ini sangatlah senang dan tidak mengambil masa yang lama. 

Bukan sahaja ianya membekalkan khasiat terhadap tubuh anda, ianya juga sangat sedap dan menyegarkan. Sesuai untuk santapan semua.

Namun begitu, sekiranya susah untuk anda dapatkan buah durian belanda, ataupun anda terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk membuat jus, jangan risau.

Anda boleh mencuba jus durian belanda keluaran syarikat Annona. Annona menyediakan produk yang berasaskan buah durian belanda seperti jus dan teh.

Selain daripada jus dan teh yang berasaskan buah durian belanda, Annona juga turut mengeluarkan produk-produk yang berkualiti tinggi berasaskan sarang burung dan Vitamin C serta kurma.

ANNONA mengetengahkan penyelesaian kecantikan dan kesihatan yang berasaskan kajian dan penyelidikan untuk memenuhi kehendak pengguna. 

Diasaskan di bawah syarikat MOS Nutraceutical Sdn. Bhd oleh Puan Ony Nurhusni dan Encik Syahril Izwan, ANNONA berdedikasi dan komited untuk menyebarkan kesedaran tentang kesihatan dan kecantikan kepada masyarakat melalui pelbagai produk di bawah jenama ANNONA.

Untuk membuat pembelian, anda hanya perlu ke laman web rasmi Annona dan memilih produk yang anda ingini. Pembayaran di atas talian juga turut disediakan. 

1 thought on “Cara Buat Jus Durian Belanda (Mudah dan Sedap)”

  1. Pingback: Cara Buat Jus Durian Belanda – EurothermSupply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Open chat