Annona Vitamin C Terbaik di Pasaran

Vitamin C merupakan salah satu suplemen yang sangat terkenal dalam mencantikkan kulit. Bahkan, sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan sumber Vitamin C terbaik.

Selain daripada mencantikkan kulit, Vitamin C juga dapat membantu tubuh badan anda untuk kekal sihat dan bertenaga.

Mari kita lihat betapa penting nya Vitamin C ini kepada kesihatan anda dan bagaimana anda boleh mendapatkannya.

Apa itu Vitamin C Dan Adakah Ia Penting?

vitamin c terbaik

Vitamin C atau juga dikenali sebagai asid askorbik ini sangat bagus untuk tumbesaran, dan membaiki sel-sel di dalam tubuh badan seseorang individu.  

Tambahan lagi, Vitamin C merupakan sejenis vitamin larut air dan akan di simpan di dalam badan dalam jumlah yang kecil dan lebihannya akan melalui proses perkumuhan.

Maka, pengambilan vitamin C yang berlebihan tidak akan menimbulkan sebarang masalah terhadap kesihatan tubuh badan seseorang individu. 

Namun begitu, adalah disarankan untuk anda mengambil Vitamin C tidak melebihi had selamat iaitu lebih dari 2.000 miligram sehari bagi mengelakkan cirit-birit dan sakit perut.

Seterusnya, pengambilan suplemen Vitamin C di dalam bentuk pil dan juga buah-buahan serta sayuran dapat meningkatkan proses penyerapan zat besi ke dalam tubuh badan anda.

Walaupun kejadian kekurangan Vitamin C jarang berlaku, terdapat beberapa kes yang telah menyebabkan individu tersebut mengalami anemia, pendarahan dan penyakit kudis. 

Terdapat beberapa fungsi Vitamin C, antaranya ialah:

  • Penghasilan kolagen
vitamin c terbaik

Vitamin C adalah bahan utama dalam pembentukan kolagen bagi menguatkan rambut, tulang, sendi, otot, kuku serta mencantikkan kulit.

Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk mengambil suplemen Vitamin C berbentuk pil untuk menghasilkan kolagen secara berterusan. 

  • Anti Penuaan 
vitamin c terbaik

Selain itu, Vitamin C memberi kesan terhadap lapisan dalam dan luar dan ianya juga menghasilkan anti oksidan yang bermanfaat bagi melambatkan proses penuaan.

Kajian dari American Journal of Clinical Nutrition telah mendapati bahawa pengambilan Vitamin C yang tinggi dapat dikaitkan dengan pengurangan kedutan wajah.

Pengambilan Vitamin C dapat mengurangkan risiko kekeringan kulit, dan ianya merupakan suplemen anti penuaan yang baik.

  • Menguatkan sistem imunisasi badan

Tambahan lagi, pengambilan Vitamin C sangat penting bagi membina sistem imunisasi yang kuat bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman.

Individu yang mengambil Vitamin C yang mencukupi didapati lebih kuat untuk melawan jangkitan berbanding mereka yang kekurangan Vitamin C.

  • Mengurangkan komplikasi selesema

Vitamin C juga dapat membantu mengurangkan risiko untuk  mendapatkan komplikasi yang disebabkan selsema seperti pneumonia dan jangkitan dalam paru-paru. 

Tambahan lagi, Vitamin C juga dapat meningkatkan degenerasi macula, mengurangkan keradangan serta memberikan perlindungan bagi mereka yang kekurangan Vitamin C. 

Oleh itu anda disarankan untuk mengambil lebih banyak Vitamin C di dalam diet seharian anda. Anda juga perlu tahu cara makan Vitamin C 1000mg dengan betul.

Seperti yang diperkatakan di atas, makanan Vitamin C boleh didapati di dalam sayur-sayuran serta buah-buahan seperti brokoli, tomato, jambu batu, betik, strawberi serta buah sitrus. 

Berikut merupakan cara-cara mudah yang anda boleh gunakan bagi mengambil Vitamin C di dalam diet seharian anda:

  • Nikmati segelas jus buah-buahan ataupun jus sayur sebagai permulaan hari anda.
  • Tambahkan buah-buahan kering ke dalam bijirin anda.
  • Masukkan buah-buahan seperti strawberi ke dalam salad, bijirin ataupun pancake
  • Makan sayuran mentah bersama hummus ataupun salsa.
  • Ambil buah-buahan yang kaya dengan anti oksida sebagai sneks harian.

Namun begitu, sekiranya individu tersebut kurang menggemari sayur-sayuran atau buah-buahan, anda boleh mengambil suplemen Vitamin C yang berbentuk pil untuk kekal sihat.

Berikut merupakan suplemen Vitamin C yang terhangat di pasaran yang anda boleh cuba.

Vitamin C Terbaik Di Pasaran

vitamin c terbaik

Sekiranya anda ingin mengambil Vitamin C sebagai suplemen di dalam diet harian anda, anda haruslah memastikan produk yang di beli adalah selamat dan berkesan.

Oleh itu, bagi memastikan sesuatu produk itu adalah selamat untuk dimakan, sudah tentu ianya harus mendapatkan lulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bukan itu sahaja, suplemen Vitamin C tersebut perlu berkesan dalam menguatkan sistem imunisasi badan, mencantikkan kulit, serta mengurangkan demam  dan selsema.

Ciri-ciri tersebut boleh didapati dengan Annona Vitamin C Capsule 500mg. Anda tidak perlu risau kerana ianya merupakan produk bumiputera yang berkualiti, berkhasiat serta lulus KKM.

vitamin c terbaik

Kesimpulannya, manusia memerlukan Vitamin C yang secukupnya untuk kekal sihat dan bertenaga. Kekurangan Vitamin C boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan. 

Antara masalah yang anda boleh hadapi sekiranya tubuh badan anda kekurangan Vitamin C adalah:

  • Penat dan lesu
  • Gusi sentiasa bengkak dan mudah berdarah
  • Hidung berdarah
  • Badan mudah lebam
  • Sakit sendi
  • Sentiasa batuk dan selsema
  • Rambut kering
  • Parut lambat sembuh

Oleh itu anda perlu mengambil suplemen Annona Vitamin C untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.

Antara sebab-sebab kenapa anda disarankan untuk mengambil Annona Vitamin C capsule adalah seperti berikut:

  • Produk bumiputera melayu muslim
  • Dihasilkan oleh ahli farmasi yang bertauliah yang mempunyai pengalaman dalam bidang Farmaseutikal selama 12 tahun.
  • Senang untuk anda dapatkan Annona Vitamin C capsule kerana Annona mempunyai ejen-ejen jualan di serata Malaysia yang anda boleh hubungi.
  • Boleh di makan tanpa was-was kerana ianya lulus KKM dan disahkan Halal oleh JAKIM.

Tambahan lagi anda boleh dapat kan Vitamin C capsule secara online dan anda boleh mendapatkan harga promosi yang sangat berpatutan. 

Untuk dapatkan maklumat tentang Annona Vitamin C dengan lebih lanjut, klik di sini

Lawati laman Facebook kami dan jangan lepaskan peluang untuk menyertai live session bersama Annona. 

Untuk mencuba Annona Vitamin C capsule, anda boleh klik link di bawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Open chat