• +6019 459 1189
  • mosnutraceutical.annona@gmail.com
khasiat durian belanda

9 Khasiat Durian Belanda Yang Bermanfaat Untuk Kesihatan

Apakah khasiat durian belanda?

Dikenali sebagai soursop atau dalam bahasa saintifiknya sebagai Annona Muricata, durian belanda berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan.

Kini telah ditanam secara meluas di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia.

Berbeza dengan buah durian, buah durian belanda mempunyai duri yang lembut dan tidak mempunyai bau yang kuat.

Setiap isinya mempunyai banyak biji. Buah durian belanda sering dijadikan pencuci mulut dan jus. 

Nak tahu apa lagi manfaat dan khasiat durian belanda dari segi kesihatan?

Kami kupas selanjutnya di dalam artikel ini.

isi durian belanda

Buat anda yang belum biasa makan durian belanda, buah ini mempunyai isi berwarna putih dan biji berwarna coklat dengan rasanya yang masam manis.

Ia boleh membesar sehingga enam inci lebar dan 12 inci panjang dengan beratnya boleh mencapai beberapa kilogram. 

Buah durian belanda kaya dengan pelbagai khasiat seperti fruktosa, amyloid, asid sitrik, karbohidrat, manganese, vitamin C, B1 dan B2 serta reticuline.

Telah banyak kajian saintifik dan perubatan dijalankan terhadap buah durian belanda untuk mengenalpasti khasiatnya untuk kesihatan.

9 Kebaikan Durian Belanda 

C:\Users\User\Desktop\jus durian belanda.jpg
  1. Membantu Menghidratkan Badan

Tahukah anda bahawa durian belanda mempunyai sebanyak 84% kandungan air dan ia membantu menghidratkan badan.

Bukan itu sahaja,ia juga berperanan untuk mengawal kekurangan air dalam badan.

  1. Untuk Sistem Peredaran Darah Yang Baik

Durian belanda mengandungi vitamin B1 yang boleh membantu proses peredaran darah, meningkatkan kadar metabolisma badan.

Malah vitamin B2 pula membantu proses menyimpan lemak di dalam badan, menguatkan otot jantung dan mengukuhkan fungsi saraf badan.

  1. Antioksidan Yang Tinggi 

Buah ini kaya dengan khasiat vitamin C sekaligus menjadi ejen antioksidan yang baik untuk badan seseorang.

Ia dapat melambatkan proses penuaan dan meningkatkan daya tahan tubuh.

  1. Alternatif Untuk Kebah Demam
C:\Users\User\Desktop\demam.jpg

Selain buahnya, manfaat durian belanda juga ditunjukkan melalui penggunaan daunnya.

Di Afrika misalnya, mereka akan memandikan kanak-kanak yang sedang demam dengan air daun durian belanda sebagai rawatan.

Anda juga boleh mengambil teh durian belanda untuk mengurangkan suhu badan akibat demam.

  1. Mengurangkan Sakit Ulser Mulut
ulser mulut

Derita akibat ulser mulut memang susah nak gambarkan. Sama ada nak bercakap, telan air liur atau mengunyah makanan, memang terasa perit.

Sekiranya anda berdepan dengan ulser mulut, cuba tumbuk daun buah durian belanda dengan letakkan sedikit air dan tampal pada bahagian yang sakit.

Ia membantu mengurangkan saiz ulser dan menghilangkan sakit tersebut tanpa melukai ulser.

  1. Menghalang Pertumbuhan Parasit Dalam Badan

Kandungan asid amino, karbohidrat, serat, riboflavin dan beberapa manfaat lain dapat menghalang jangkitan parasit di dalam badan seseorang.

  1. Untuk Memudahkan Buang Air Besar

Untuk anda yang sedang menghadapi masalah ini mungkin boleh mencuba kaedah ini.

Ambil buah dan perah jusnya sehingga penuh satu cawan. Minum dua kali sehari pada waktu pagi dan tengah hari.

  1. Membekalkan Tenaga

Durian belanda mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi. Jadi ia dapat membekalkan tenaga supaya seseorang kekal bertenaga.

  1. Membantu Mengurangkan Masalah Tidur

Tak ramai yang tahu durian belanda mengandungi bahan kimia yang dinamai ‘trytophan’ yang membantu seseorang untuk berasa tenang dan mengantuk.

Demikian adalah beberapa informasi berguna tentang khasiat durian belanda. Diharapkan ianya dapat memberikan manfaat kepada anda yang ingin meningkatkan taraf kesihatan.

Selain memakan makanan berkhasiat, diet dan senaman yang betul, adalah penting juga untuk seseorang mengambil makanan tambahan.

MOS Nutraceutical adalah sebuah syarikat kecantikan dan kesihatan membekalkan produk berkaitan di bawah jenama Annona.

Anda boleh mendapatkan produk-produk seperti Annona Soursop Juice, Satchet dan Tea.

annona durian belanda
C:\Users\User\Desktop\annona.PNG

Bukan itu sahaja, Annona juga turut mempunyai rangkaian produk kesihatan lain yang untuk membantu meningkatkan kesihatan dan kecantikan. 

annona bird nest
annona vitamin c serum

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang rangkaian produk Annona, layari website utama sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top