AMALAN ELAK REZEKI TERSEKAT..

Salam & Morning!

Nak sedekah ilmu pagi ni. Terasa rugi pula kalau tak di kongsi. Mudah-mudahan ada juga pahala mengalir buat saya. Ini adalah sedikit amalan-amalan yang saya selalu buat untuk elak rezeki tersekat.

  1. Usahakan untuk solat TEPAT waktu. Bukan di akhir waktu.
  2. Selepas Dhuha, berpagi-pagianlah dengan mengeluarkan SEDEKAH terlebih dahulu (beri). Kemudian, baru mula urusan bayaran yang lain seperti bil, atau hutang.
  3. Doa buat kedua ibubapa serta sedekah Al-Fatihah agar pintu rahmat di buka seluas-luasnya buat kita.
  4. Baca Doa Pembuka 12 pintu setiap pagi :

“ Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga.”

  1. Baca Al-Waqiah setiap hari.
  2. Baca Surah Al-Ikhlas 3x setiap selesai solat.
  3. Solat Istikharah sebelum tidur untuk cari jawapan kepada apa yang kita bakal lakukan keesokan harinya. Lebih-lebih lagi jika ada hari yang saya perlu mesyuarat, hari saya dijemput talk, atau saya perlu buat keputusan penting untuk satu-satu urusan. InsyaAllah.. istikharah dapat bimbing kita buat keputusan dan elak kita cakap benda tak perlu.
  4. Solat Hajat setiap kali saya mahu keluarkan produk baru atau ada projek baru. Dan jika produk tak dapat keluar lagi, atau projek tergendala, saya reda dan tenang saja kerana saya yakin Allah telah rancangkan perkara lain yang lebih baik untuk saya dan team.
  5. Lazimi juga dengan Solat Taubat setiap malam..Sebab setiap hari kita tak terlepas dari melakukan dosa-dosa kecil tanpa sengaja. Termasuklah dosa mata, dosa mulut dan dosa telinga. Mata terpandang maksiat. Mulut ter-mengumpat. Telinga dok dengar benda-benda tak manis tentang orang lain. Kita tak sedar..dosa-dosa ini semua mungkin yang sedang sekat rezeki kita.
  6. Istighfar 1000x.
  7. Selawat 1000x.
  8. Setiap hari, mesti ingatkan diri dan refresh NIAT.
    Selalu muhasabah dan fahamkan kenapa kita perlu kaya dan perlu buat bisnes.
  9. Tambah amalan setiap kali sibuk dengan urusan dunia.
  10. Sentiasa perkemas hati dan jiwa serta buang hasad dengki. Syaitan suka buat kita rasa cemburu tengok kejayaan orang lain.
  11. Bisnes suami isteri ni memang buat rumahtangga mencabar..Jadi kita kena balik pada konsep redha. Suami redha pada kelemahan isteri. Isteri redha pada kekurangan suami. Bak kata Ustaz Pahrol Juoi, “Jangan cari bahagia dalam rumahtangga, namun bawalah bahagia ke dalam rumahtangga.”
  12. Jaga silaturrahim dengan keluarga, kawan-kawan dan pelanggan.
  13. Banyakkan memuji orang di sekeliling kita dan buat orang terharu.
  14. Beri kasih sayang, kita akan dapat kasih sayang dan diri disayangi.
  15. Buang sifat negatif dalam diri yang paling sukar.
    Tak mampu buang semua sekali gus, buang satu-persatu.
  16. Jika setiap kali rasa seperti nak negatif saja, ucap :

” A’udzu billahi minasy syaithonir rojim “

Aku berlindung kepada Allah dari (godaan, kejahatan, bisikan) syaitan yang terkutuk!

.

Saya bukanlah orang yang baik dan hebat..tapi saya sedar untuk menjadi yang terbaik dan hebat di mata Allah, setiap hari kitalah yang mesti usaha ‘tawan’ hati Dia. Bukankah Dia BOSS kita yang duduk paling atas ?

.

InsyaAllah.. asbab usaha dan amalan kita mahu dekatkan diri pada Dia, moga dibukakan seluas-luasnya rezeki dan ruang kejayaan untuk kita semua ♥️

Aamin.

Silakan #SHARE untuk sahabat kita yang lain. Moga ada manfaat buat kalian.

Ony Nurhusni

LEGASIANNONA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *